Wednesday, February 11, 2009

KEAJAIBAN BURUNG CENDERAWASIH

Cenderawasih @ dikenali sebagai Burung Kayangan. Burung Cenderawasih mempunyai keunikannya tersendiri terutama pada bulunya yang mempunyai sembilan (9) warna; kuning muda, hijau, jingga, merah terang, merah muda, perang, kuning diraja, putih dan keemasan. Warna kuning diraja adalah warna yang paling menyerlah dan menimbulkan kecantikan yang tersendiri pada burung ini.

Apa yang menariknya tentang Burung Cenderawasih ini ialah ianya tidak boleh mempunyai sarang seperti burung lain. Peliknya apabila tiba musim mengawan burung betina akan bertelur di atas belakang burung jantan dan mengeramkan telurnya sehingga menetas. Makanannya juga aneh iaitu hanya memakan bulatan awan dan meminum embun jantan.

No comments:

Post a Comment